Al-Kalimat Al-‘Arabiyah / Kalimat Dalam Bahasa Arab
Sebelum membina Al-Kalam / Ayat Lengkap, terlebih dahulu kita mestilah mengetahui hal ehwal kalimat, sebab dengan kalimat-kalimat ini kita dapat membina dan menyusun ayat yang sempurna.
Al-Kalimat ialah suatu lafaz yang memberi makna tertentu bagi setiap satu perkataan.
Kalimat dalam bahasa Arab ada tiga bahagian :
1- Ism / Pronoun
2- Fi’il / Verb
3- Harf / Conjunction
TANDA- TANDA ISIM /PRONOUN
Di dalam kalimat arab, Isim mempunyai tanda tertentu bagi membezakannya dengan kalimat lain seperti fi'il dan harf / conjunction, maksudnya, jika ada kalimat yang memiliki tanda-tanda tertentu tersebut maka sudah pasti kalimat itu adalah isim, bukan fi'il ataupun harf (huruf). Nah, dalam huraian berikut ini mari kita pelajari tanda-tanda tersebut :
1- Al-Jar.
Keadaan Al-Jar ini disebabkan dua (2) perkara :
1.1. Didahuli oleh harf Al-Jar, dengan memakai tanda :
1.1.1. Baris, iaitu Kasrah (baris bawah) untuk kalimat :
1.1.1.1. Mufrad (tunggal), seperti : ( في البيتِ ) di rumah.
1.1.1.2. Jama' Taksir, (Jama' yang berubah dari struktur mufradnya) seperti : ( في البيوتِ ) di beberpa rumah.
1.1.1.3. Jama' Muannas Salim, (Jamak untuk perempuan dengan menambahkan alif & ta dibelakangnya tanpa ada perubahan dari bentuk mufradnya, seperti : ( للمسلماتِ ) milik/untuk beberapa muslimat.
1.1.2. Huruf, iaitu huruf ( ي ) untuk kalimat :
1.1.2.1 Musanna, (kalimat yang menunjukkan dua orang).
1.1.2.2 Jama' Muzakkar Salim (Jama' untuk lelaki dengan menambahkan huruf waw & nun dibelakang tanpa ada perubahan dari bentuk mufrad, seperti : ( للمسلمين ) milik beberapa muslimin.
1.2. Idhafah (kalimat majmuk) iaitu dua kalimat yang digabung menjadi satu, maka kalimat kedua pada idhafah tersebut mestilah Al-Jar, dengan berbagai tanda, sama seperti kaedah di atas tadi, seperti :
( بيتُ المدرسِ ) , ( بيت المدرسين ).
Kesimpulan :
Jika ada kalimat yang memakai salah satu tanda Al-Jar, maka kalimat itu sudah pasti Isim, begitu juga dengan tanda-tanda berikut di bawah ini.
2. At-Tanwin. (baris dua di depan, atas atau bawah), seperti : مسلمٌatau مسلماً atau مسلمٍ.
3. Alif & Lam Ma'arifah ( ال ) , yang berfungsi mengubah isim yang umum (indefinite) menjadi khas dan tertentu kepada suatu individu (definite), sama dengan (the) dalam bahasa orang kampung, seperti : الجامعة (The University).
4. Al-Nida' ( النداء ) , iaitu Isim dapat diseru/dipanggil dgn huruf nida' , seperti : يا محمدُ ، يا رجلُ dsb.
5. Al-Isnad ( الإسناد ) , iaitu Isim boleh dan sah berfungsi sebagaiمسند dan مسند إليه atau mubtada dan khabar (subjek atau predikat) seperti : الرجلُ وسيمٌ , sedangkan Fi'il hanya boleh sebagai مسند atau khabar sahaja.
TANDA-TANDA FI'il /KATA KERJA/VERB
Di dalam bahasa arab kalimat Fi'il / Kata kerja dapat dibezakan dengan Isim dan Harf dengan beberapa tanda :
1- تاء الفاعل (huruf TA yg terdapat di hujung Fi'il Madhi / Past Tense) iaitu huruf (Ta) yang berfungsi sebagai Fa'il / Actor / Pelaku dalam tasrif Fi'il Madhi.
Seperti : فعلـــتُ فعلـــتَ فعلـــتِ فعلـــتُما فعلـــتُم فعلـــتُنّ .
Fa'al_(Tu) : telah membuat_Saya , Fa'al_(Ta) : telah membuat_Engkau (lk) , Fa'al_(Ti) : telah membuat_Engkau (pr) , Fa'al_Tuma : telah membuat_Kamu berdua (lk atau pr) , Fa'al_Tum : telah membuat_Kamu (ramai lk) , Fa'al_Tunna : telah membuat_Kamu (ramai pr) .
http://www.emocutez.com
Catatan:
1. Jika telah difahami bahawa ( ت ) itu adalah tanda bagi fi'il, maka dilarang sama sekali menggunakannya untuk isim, seperti كتابُــتَ (KitabuTa), untuk mengatakan (kitab engkau), sebab kalimat Kitab adalah isim, sedangkan Ta adalah tanda khas bagi Fi'il.
2. Bagi yang boleh mengi'erab (menghuraikan kalimat sesuai dengan fungsi masing-masing) maka , فـَعـَلَ adalah : Fi'il madhi, mabniy 'ala al-sukun, la mahalla lahu min al-i'erab, dan (ت) adalah : dhamir rafa' muttasil, mabni 'ala ... (sesuaikan antara al-dhammi, al-fathi, al-kasri) , fi mahalli rafa' FA'IL.
Bagi yang belum faham mengi'erab sila bersabar, sebab nanti akan diterangkan lebih lanjut.
2- تاء التأنيث (Ta The Feminine / Ta Taknis)
Iaitu huruf Ta berbaris sukun / mati yang diletak di hujung Fi'il Madhi sebagai tanda bahawa fi'il / pelaku dalam kes itu adalah muannas / perempuan, seperti : فعـلَـتْ .
Atau Ta dan Alif sebagai tanda bahawa fa'il / pelaku adalah dua orang perempuan, seperti : فعَـلَـَـتـَـا .
Dalam contoh فاطمة ذهبتْ .
فاطمة : Mubtada'/Subjek,
ذهبتْ : fi'il madhi, mabni 'ala al-fathi.
Fa'il/pelaku : dhamir mustatir iaitu ( هي )
Jumlah fi'il dan fa'il adalah : khabar/predikat untuk Fatimah
Ingat, Ta Taknis itu bukan fa'il, ia hanya tanda muannas sahaja.
3- ياء الفاعل (Ya Actor / The Doer of The Verb)
Iaitu huruf يْ (huruf ya) yang berbaris sukun / mati terletak di hujung Fi'il Amar yang berfungsi sebagai fa'il / pelaku, seperti :
يا فاطمة اجلـسِـيْ
Atau (huruf ya) yang terletak di akhir fi'il mudhari'e yang juga berfungsi sebagai fa'il / pelaku, seperti : أنتِ تجلـسـِـين .
4- نون التوكيد (Emphasis) iaitu huruf Nun diletakkan di hujung Fi'il Amar atau Mudhari'e yang berfungsi sebagai penegasan dan biasa diterjemah dengan (sungguh) , seperti : اذهـبــنْ atau يذهـبــنَّ .
المبتداء والخبر.
المبتداء:اسم مرفوع في أول الجملة نتحدث عنه.(Subjek)
الخبر: اسم مرفوع تتم به الجملة وتصبح مفيدة. Predikat-yg melengkapkan) ayat)
يتفق المبتداء مع الخبر في:
Persamaan mubtada’ dan khabar:
أ)التَّذكير والتأنيث.
a)Sekiranya mubtada’ mudzakar khabar mudzakar,sekiranya mubtada’ muannath khabar muannath.
ب)الإفراد والتثنية والجمع.
b)Sekiranya mubtada’ mufrad khabar mufrad,sekiranya mubtada’ muthana khabar muthana,sekiranya mubtada’ jama’ khabar juga adalah jama’.
ج)الإعراب (الرفع).
c) Sekiranya mubtada’ marfu’ khabar marfu’.
الأمثلة:
المبتداء
|
الخبر
|
هارونٌ
|
نشيطٌ
|
ذَكِيَّةٌ وزينبٌ)همَا)
|
مسافرانِ
|
العاملاتُ
|
حاضراتٌ
|
المهندسونَ
|
موجودونَ
|
AL – ‘ADAD WA AL-MA’DUD
Formula Pelik :
'Adad 3 s/d 10 Tiga Sepuluh berlawanan dengan ma'adud yang جـِ / jamak majrur (Ji Wan Ga luh)
'Adad 11 s/d 99 Sebelas Sembilan sembilan ma'adud mestilah مَ / mufrad mansub (Ma Las Lala)
'Adad 100 dan 1000 Seratus dan Seribu ma'adud mestilah مِ / mufrad majrur (Mi Tus Bu)
Penjelasan :
Al-'Adad ialah bilangan.
Al-Ma'adud ialah benda yang dibilang.
Pertama:
Al-'Adad (1 dan 2)
Kedua-dua ‘adad ini mesti sama dengan ma’adud dari segi muzakkar/lelaki dan muannas/perempuan, diletakkan selepas ma’adud sebagai sifat yang mengikut ma’adudnya dari segi i’erab, berbeza dengan ‘Adad yang lain.
Contoh:
i) 1 orang (lk) telah datang (جاء رجلٌ واحدٌ ),
ii) 1 orang (pr) telah datang ( جاءت امرأةٌ واحدةٌ )
iii) 2 orang (lk) telah datang ( جاء رجلان اثنان ),
iv) 2 orang (pr) telah datang ( جاءت امرأتان اثنتان)
Kedua:
Al-'Adad Al-Mudhaf (3,4,5,6,7,8,9 dan 10)
1. ‘Adad ini hanya mudhaf kepada Ma’dud yang jamak sahaja
2. 'Adad ini mesti berlawanan dgn ma'dud dari segi muzakkar dan muannas.
Membuat ma’dud menjadi muannas ialah dengan menambah Ta Marbutah (ـة) di
belakang ‘Adad.
3. 'Adad ini dinamakan Mudhaf, dan Ma'dud adalah Mudhaf ilaih yg mesti majrur
Kesimpulan mudah:
‘Adad Mudhaf adalah : Ga – Luh Wan JI
1- Ga – Luh = Tiga s/d Sepuluh
2- Wan = Berlawanan dengan Ma’dud
3- Ji = Ma’dud mestilah جـِ (Jim baris bawah) iaitu
جـِ = J kod untuk jamak,
Baris bawah = kod untuk majrur
Contoh : 3 anak (lk) = Salasatu Awladin (ثلاثة أولاد )
3 anak (pr) = Salasu Banatin ( ثلاث بنات )
Yang ingin mencuba, sila jawab latihan berikut di FB Group Jom Nahu:
i- Telah berjaya 4 pelajar (lk) (طالب) dan 6 pelajar (pr) (طالبة).
ii- Saya telah membaca 5 majalah (مجلة) dan 7 buku (كتاب) semalam
iii- Pelajar (lk) membeli 8 epal (تفاحة) dan 10 pisang(موز)
Ketiga
Al-‘Adad Al-Mudhaf (100 dan 1000)
1. ’Adad ini hanya mudhaf kepada mufrad.
2. Ma’dud mesti مِ (Huruf Mim baris bawah)
M = Mufrad,
Baris bawah = majrur, (kerana dii’irab sebagai Mudhaf ilaih).
3. Lafaz ‘Adad ini hanya satu, iaitu untuk muzakkar dan muannas dengan lafaz yang sama.
Kesimpulan mudah:
‘Adad 100 – 1000 ialah : (MI – Tus Bu)
Iaitu Ma'dud mesti مـِ (mufrad majrur), jika 'Adad seratus (Tus) dan seribu (Bu)
Contoh :
100 anak (lk) = Miatu Waladin (مائة ولدٍ ),
1000 anak (pr).= Alfu Bintin (ألف بنت )
Sila jawab latihan berikut di FB:
i) 100 pelajar (lk) dan 1000 pelajar (pr).
ii) 100 unta (إبل) dan 1000 kambing (غنم).
Keempat:
Al’Adad Al-Murakkab (11 – 19)
A. Khas untuk ‘adad (11 dan 12)
Satu + Belas dan Dua + Belas .
Satu dan Dua disebut Al-Sadr ( الصدر ),
Belas disebut Al-‘Ajaz (العجز ).
1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :
a.Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juz’ain iaitu kekal berbaris fathah pada
kedua-dua akhir Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
Ahada ‘Asyara (أحدَ عشرَ ) iaitu 11 untuk bilangan lelaki, dan
Ihda Asyarata (إحدى عشرة ) iaitu 11 untuk bilangan perempuan, maksud mabni
ialah (tidak boleh Ahadu ‘Asyaru atau Ahadi ‘Asyari)
b.Dari segi (Tazkir dan Taknis), ‘Adad mesti sama dengan Ma’dud, iaitu jka ma’adud
muzakkar, maka a’dad mesti muzakkar, jika ma’adud muannas, maka ‘adad mesti
muannas juga.
2. Hukum Al-Ma’dud wajib MA (مَ )
Iaitu Huruf Mim berbaris atas.
M = huruf Mim kod bagi Mufrad, dan
A (baris atas) kod bagi Mansub.
Contoh :
Ahada ‘Asyara يقرأ أحدَ عشرَ طالبا (11 org pelajar (lk) sedang membaca)
Ihda ‘Asyarata جاءت إحدى عشرة طالبة (11 org pelajar (pr) telah datang)
begitu juga bilangan 12يقرأ اثنا عشرَ طالبا dan جاءت اثنتا عشرة طالبة
Ahada ‘Asyara Thaliban dan Ihda ‘Asyarata Thalibatan.
B. Tiga + Belas hingga Sembilan + Belas(13 s/d 19):
1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :
a. Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juzain iaitu berbaris fathah pada kedua-dua
akhir Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
Salasata ‘Asyara ( ثلاثة عشر رجلا )dan Salasa Asyarata ( ثلاث عشرة امرأة ) (tidak boleh Salasatu ‘Asyaru atau Salasu ‘Asyaratu)
b. Dari segi Tazkir dan Taknis:
b.(i) Al-‘Sadr (3 s/d 9) mesti berlawanan dengan Al-Ma’dud, sama seperti Al-‘Adad
Al- Mudhaf di atas.
b.(ii) Al-‘Ajaz “ عشر dan عشرة” (belas) mesti bersamaan dengan Al-Ma’dud.
2. Hukum Al-Ma’dud:
Al-Ma’dud mesti MA (مَ ) iaitu Huruf Mim berbaris atas, (Mufrad Mansub)
M = huruf Mim kod bagi Mufrad, dan A = baris atas kod bagi Mansub)
Contoh :
i) أربعةَ عشرَ طالبا و سبعَ عشرةَ طالبة
ii) خمسة عشر كتابا وسبعَ عشرةَ مجلةً
Latihan untuk dibincang:
i) 12 orang muslim (lk) (مسلم ) 15 pensyarah (pr) (محاضِرة )
ii)13 guru (lk) (مدرس ) 4 bilik (غرفة )
Kelima :
Al-‘Adad Al-‘Uqud (20, 30, 40, 50, 60,70, 80 dan 90)
‘Adad ini adalah tetap, iaitu tidak berubah dengan perubahan ma’adud muzakkar atau muannas, hukumnya sama seperti hukum jama’ muzakkar salim, marfu’ dengan waw (و ) dan mansub atau majrur dengan ya’ ( ي ).
Ma’adud ‘Adad ini ialah (MA) sama seperti ‘Adad Murakkab di atas.
Contoh :
هؤلاء خمسون طالبا وخمسون طالبةً
استقبلت خمسين ضيفا وخمسين ضيفةً
Keenam:
Al-‘Adad Al-Ma’athuf (21 s/d 99)
“Adad ini dikatakan ‘adad ma’athuf kerana menggunakan huruf ‘Ataf (و ) yang berarti (dan) di antara bilangan (sa) dan bilangan (puluh)
Cara menyebut ‘adad ini ialah dengan mendahulukan yang kecil kemudian yang besar, seperti : 21 (واحد وعشرون ) , 22 ( اثنان وعشرون ), 23 (ثلاثة وثلاثون طالبا ) dan
(ثلاثً وثلاثون طالبةً )
Khas untuk 21 dan 22 :
‘Adad dan Ma’adud mestilah sama dari segi muzakkar dan muannas
Contoh :
i) وصل واحد وثلاثون طالبا
ii) وصلت واحدة وثلاثون طالبةً
iii) قرأت اثنين وثلاثين كتابا
iv) قرأت اثنتين وثلاثين مجلةً
Adapun ‘adad 23 s/d 99 , maka bilangan (sa) mestilah berlawanan dengan ma’adud dari segi muzakkar dan muannas, seperti ‘Adad Murakkab yang lalu.
Contoh :
i) وصل ثلاثةٌ وثلاثون طالبا
ii) وصلت ثلاثٌ وثلاثون طالبةً
Latihan untuk dijawab :
1- Di maahad kami ada 25 guru (lk) dan 24 guru (pr)
2- Sekolah saya ada 76 murid (lk) dan 98 murid (pr)
3- Ahmad membeli 21 pen dan 22 buku tulis
Harf bukan conjunction
ReplyDelete